Lakaran Muka Penyihir Ustaz Kazem Ilias Berserta Jin Peliharaan?

 


Ustaz Kazem Ilias baru-baru ini telah menceritakan kisahnya yang telah disihir sehingga kulitnya berubah seperti katak puru di beberapa bahagian anggota badan. Ustaz Kazem Ilias telah disihir dalam waktu yang lama sehingga tubuh semakin kurus, tidak aktif dan sering jatuh sakit. 


Seorang pengamal perubatan yang bernama Ustaz Neo telah mendedahkan empat orang penyihir ustaz Kazem dan sihir yang digunakan mereka untuk menyakiti beliau.


Pertama seorang wanita yang menghantar sihir dan belaannya iaitu pocong bermata hijau.


Kedua, seorang lelaki yang imejnya seperti seorang ustaz dan barang-barang sihirnya iaitu jarum, rambut dan tisu peluh mangsa. 


Ketiga, seorang bomoh lelaki dari Indonesia bersama jin suruhannya merupakan lembaga hitam bertanduk. 


Keempat merupakan bomoh lelaki orang asli yang menghantar belaannya berupa katak puru dan harimau. 



VIDEO:


Nasihat ustaz perlulah sentiasa berwaspada dengan orang sekeliling walaupun ia berperwatakan warak. Sesungghunya sifat dengki dan hasad tidak terpancar diwajah, tetapi hanya kekal didalam hati yang hitam.

Post a Comment

0 Comments