Misteri Terungkai Kehilangan Dua Individu Dicari Telah Dijumpai

 


Lapan hari untuk menjejak dua Individu atau remaja hari ini terbongkar selepas menemukan dua mayat di dalam kereta Toyota Alphard, siasatan awal mendapati mereka bukan sepasang kekasih dan hanya sebagai rakan. 


Orang awam telah terjumpa kereta Alphard dalam keadaan mencurigakan sehingga mereka mendekati kereta itu dan terlihat ada orang di dalam. Kereta itu diparkir di kawasan residen di Taman Permaisuri Cheras. 


Misteri kehilangan dua remaja itu yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing, minggu lalu terjawab selepas mayat kedua-duanya ditemui dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di ruang parkir bawah tanah sebuah bangunan residensi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, Ahad lalu.


Kedua-dua mayat remaja berusia 19 tahun ditemui selepas polis menerima aduan daripada orang awam pada jam 8.26 malam.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata susulan laporan diterima, sepasukan anggota polis dari Bandar Salak Selatan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.


"Hasil pemeriksaan, polis menemui mayat seorang seorang perempuan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki di bahagian penumpang belakang kenderaan terbabit.


"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh kedua-dua mangsa serta tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mengulas lanjut, Muhammad Idzam berkata, dua laporan polis mengenai kehilangan dua mangsa diterima daripada keluarga masing-masing pada 23 dan 24 Mei lalu, masing-masing di Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.


Katanya, laporan polis dibuat selepas keluarga gagal menghubungi kedua-dua mangsa.


Menurut beliau, seorang mangsa adalah penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam manakala seorang lagi bakal masuk ke sebuah maktab perguruan.


"Siasatan awal mendapati hubungan kedua-dua mangsa adalah rakan dan bukan penduduk di residensi terbabit.


"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut diteruskan," katanya.


Kedua-dua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat dan pada masa ini laporan penuh bedah siasat belum konklusif.


Muhammad Idzam berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis.


Maklumat boleh disalurkan terus kepada Ketua Polis Balai Salak Selatan, Inspektor Muhd Arfizan Ab Aziz di talian 019-9198729 atau Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051.


Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.





Post a Comment

0 Comments