Banyak kisah yang pernah dikongsikan oleh warganet berkenaan dengan individu kurang siuman di media sosial sebelum ini.
Namun, perkongsian seorang pengguna TikTok baru-baru ini sedikit mencuit emosi pengguna platform berkenaan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Mi Miey, kelibat seorang lelaki yang kurang siuman dilihat sedang ‘menunaikan solat’ di kedainya.
Dengan pakaian compang-camping dan keadaan diri yang tidak terurus, individu yang dikenali sebagai Syed Khairol itu sedang melakukan rukun solat rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
Menurut pemilik akaun, Syed Khairol sering mengunjungi premisnya tetapi tidak mengganggu orang lain. Bahkan, kehadiran Syed Khairol disifatkan sebagai menghiburkan.
Meninjau ruangan komen, kebanyakan pengikut akaun berkenaan berasa tersentuh melihat gelagat Syed Khairol yang masih mengingati solat walaupun dalam keadaan sebegitu.
Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar tuan empunya akaun membeli pakaian baharu buat Syed Khairol.
Tidak berapa lama kemudian, pemilik akaun yang sama memuat naik video dia dan suaminya membeli beberapa helai seluar baharu dan baju baharu buat Khairol.
@mimieydjewels Ni PART 1 Syed kerol ngah nyanyi2 tiba2 senyap..lahhh ngah solat rupanya🥺Subhanallah😭hebatnya hamba allah wlaupun x sempurna tp x lp pada pencipta
♬ original sound - Mi Miey
@mimieydjewels Cadangnya nk g esok..rasa lamanya esok..Suami pun ajak g bli arini n g hntr tros umah syed kerol..Alhamdulillah lega rasa hajat tercapai😘
♬ PENANTIAN ARMADA - sadvibes🥀
Sumber: SinarViralnetwork
0 Comments