Pelajar 13 Tahun Mati Dibuli Ketika Hendak Mengambil Air Wudhuk

 


Bintang 13 tahun, merupakan pelajar sekolah menengah agama di Indonesia. Pada 8 Jun 2022 beliau telah selesai mengikuti ujian di sekolahnya kemudian pergi ke masjid sekolah untuk menunaikan solat zohor. 



Ketika hendak mengambil air wudhuk, beberapa orang rakannya dari arah belakang telah menutup mata Bintang dengan sejadah dan mengikat tangannya kebelakang. 


Selepas itu, tumbukan yang sangat kuat telah dilepaskan  ke bahagian perut menyebabkan Bintang menjerit dengan kuat kerana kesakitan. 


Setelah pulang ke rumah, Bintang memberitahu ibunya yang dia dibuli ketika berada di sekolah menyebabkan perutnya berasa terlalu sakit. 


Ibunya dengan segera membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan terdapat kecederaan di usus anaknya sehingga berlaku komplikasi pendarahan. 


Walaupun pelbagai rawatan telah sedaya upaya dilakukan, namun Bintang tidak mampu bertahan dan menghembuskan nafas terkahir setelah lima hari bertarung nyawa menahan kesakitan. 




Pihak polis telah menahan sembilan orang pelajar yang dipercayai terlibat dalam kes buli tersebut. Jika sabit kesalahan mereka boley dipenjara selama 15 tahun dan denda maksimum 3 juta rupiah bersamaan RM 1000 ringgit. Kes ini telah mendapat liputan meluas, disebabkan tersebar gambar ibu mangsa yang jatuh terjelepuk ke lantai selepas menerima khabar anaknya telah meninggal dunia.

Post a Comment

0 Comments