Wanita Dan Anak-Anak Dik3rat Kerana Tertumpah Teh o Ais Milik Jirannya

 


Seorang lelaki bernama Mohd Iyan (21) ditangkap polis dengan tuduhan membunuh jirannya yang bernama Nor Laila (39) akibat tertumpah teh 'o' ais.

 

Ketika kejadian Iyan seperti biasa menghantar teh 'o' ais ke warung  jirannnya (Nor Laila) untuk dijual. Ketika itu Nor Laila tanpa sengaja melanggar cerek yang berisi teh 'o' ais tersebut sehingga semunya tertumpah ke lantai warung. 



Iyan dan Laila pada ketika itu sempat bertengkar dan Iyan dengan perasaan marah mengacukan pisau di tangannya ke leher Laila. 


Laila menjerit  sebelum Iyan mengelar leher Laila. Pada ketika itu, jeritan Laila telah didengari anak-anaknya yang berusia 4 dan 6 tahun. Melihat ibunya yang dalam kesakitan, anak-anak Laila mula menjerit dan memukul Iyan menggunakan bantal. 


Iyan beralih kepada anak-anak Laila dan terus menikam mereka tepat didadanya. Anak-anak Laila meninggal di tempat kejadian.  Manakala Iyan meneruskan mengelar leher Laila sehingga mati. 


Kejadian itu  disedari penduduk kampung dan jiran berdekatan. Ramai yang datang ke tempat kejadian sebelum Iyan melarikan diri dan melompat dari tingkap  warung.


Dua hari selepas itu Iyan dapat diberkas oleh polis dan bakal menjalani hukuman mati. Kejadian ini berlaku di negara jiran Indonesia sehingga tular dan menjadi berita hangat  di laman  sosial negara itu.

Post a Comment

0 Comments