Doktor didakwa atas tuduhan beri bius lebih & memasukkan alat kemaluannya dalam mulut pesakit

 


 

Seorang doktor di Rio de Janeiro, Brazil, telah ditahan selepas dia ditangkap dan didakwa merogol seorang wanita yang mana seorang pesakit wanita bersalin dalam seksyen caesarean, kata polis.


Giovanni Quintella Bezerra, 32, ditangkap minggu lalu pada awal 11 Julai di Rio de Janeiro, di Hospital Wanita di Sao Joao de Meriti, memetik laporan Daily Mirror.


Suspek dipanggil Bezerra telah mengetuai prosedur bius telah mengendalikan dua pembedahan pada hari tersebut.


Jururawat telah merakam perbuatan doktor itu selepas mengesyaki sesuatu yang aneh pada tingkah lakunya.


Berikutan penangkapan itu, Polis berkata mereka sudah menyiasat sama ada serangan serupa berlaku kepada dua pesakit sebelumnya dan mengatakan bahawa tiga wanita yang telah menjadi mangsa, yang dirawat pada hari yang berbeza, kesemua mangsa telah tampil untuk menuduhnya dan membuat laporan atas perbuatan doktor itu, menurut laporan Mail Online.


Menurut akhbar Brazil Globo, Bezerra didakwa kerana merogol pesakit dan hukuman ini berkisar antara lapan hingga 15 tahun penjara.


Bezerra juga menimbulkan ketidakcurigaan dalam kalangan jururawat kerana dia sememangnya adalah pakar bius kepada banyak wanita ceasarean. Perbuatannya dapat dirakam oleh jururawat dari bilik lain yang menghadap bilik bahagian ceasarean.


Bezerra meletakkan dirinya di kepala wanita itu ketika pakar bedah mula bekerja untuk melahirkan bayi.


Semasa proses bedah mereka bekerja hanya di kaki wanita berkenaan dan terdapat halangan yang boleh melihat pesakit dari leher ke atas. Tuduhan rogol dikatakan berlaku selama 10 minit.


Selepas puas melakukan perbuatan terkutuk itu, Bezerra juga dirakam sedang membersihkan mulut wanita itu dengan menggunakan kain kasa.


Isnin lalu, Majlis Perubatan Serantau Negeri Rio de Janeiro melancarkan siasatan dalaman dan membuka prosiding untuk mengusir pegawai perubatan itu.


"Tingkah laku seperti itu, penolakan kami, merupakan jenayah, yang mesti dihukum mengikut undang-undang yang telah dikuatkuasakan," kata agensi awam itu dalam satu kenyataan.


Mereka berkata pada masa ini mereka memberi tumpuan untuk memberikan sokongan kepada mangsa temasuk keluarganya.


"Pihak pembelaan Bezerra mereka mendakwa bahawa ia belum mendapat akses penuh kepada bukti yang kukuh untuk dikemukakan semasa membuat waran tangkap," kata pembelanya.


Giovanni Quetella Bezerra telah ditahan atas dakwaan merogol seorang wanita yang sedang dalam ceasarean seksyen.



Post a Comment

0 Comments