Hendrawan Raih Pujian Ramai, Aksi pinjamkan kasut pada pemain badminton Jamaica menjadi tumpuan

 


Petang tadi pemain perseorangan badminton negara Ng Tze Yong turun berentap dengan seorang pemain dari Jamaica. Ketika pemain negara mendahului 1-0 dan di set kedua tiba-tiba kasut pemain Jamaica itu sedikit terkoyak dan menganggu fokusnya untuk berlawan.



Kebetulan pemain itu tidak membawa sebarang kasut simpanan dan jurulatihnya telah datang memberikan kasutnya namun tak sesuai untuk pemain itu. Ketika inilah Hendra telah memberikan kasutnya untuk dipinjam pada pemain Jamaica itu, memang secara kebetulan kasut mereka sama jenis.


Kasih sayang dalam sebuah pertandingan


Dalam sebuah pertandingan menjatuhkan atau mengalahkan pihak lawan itu adalah biasa, adat bertanding. Tetapi apabila nilai-nilai insan yang baik datang untuk memberi pertolongan pada musuh itu jauh lebih mulia kerana itulah matlamat sukan mempereratkan lagi hubungan negara tambahan ini sebuah kejohanan dunia.


Hendrawan seorang Indonesian tetapi beliau coach negara kita, pujian harus diberikan kepada coach kita, biar apapun kita tetap sama manusia.





Post a Comment

0 Comments