Kes Bunvh Diri Paling Misteri Dalam Sejarah

 


Pada tarikh 1 Mei tahun 1947, seorang gadis berusia 23 tahun yang bernama Evelyn McHale telah menggemparkan dunia.


Hal ini demikian kerana dia telah membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat 86 bangunan Empire State di Amerika Syarikat.


Tubuhnya menghempap sebuah kereta jenis limousine milik Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan mati di situ.


Gambar di bawah ini merupakan keadaan selepas kematian Evelyn dan gambar ini diambil oleh Robert Wiles iaitu seorang pelajar jurusan fotografi yang berada di tempat kejadian.



Apa yang misterinya, jika anda lihat gambar, keadaan mayat Evelyn lengkap berpakaian cantik serta berhias dengan cantik sekali.


Oleh itu, gambar ini dinobatkan sebagai Bunuh Diri Paling Cantik ataupun "The Most Beautiful Suicide" oleh Time Magazine.


Lebih sedih lagi, tinggal hanya sebulan sahaja lagi sebelum perkahwinan Evelyn pada tarikh dia mati.


Berdasarkan laporan daripada kenalan Evelyn juga, mereka menyatakan bahawa dia tidak memiliki apa-apa masalah sebelum kematiannya.


Sehingga ke hari ini, motif dia bunuh diri dan kenapa dia berhias sebelum bunuh diri masih misteri.


Seram juga kan kalau anda tenung wajah Evelyn dalam gambar ni lama-lama. Nampak macam ada sesuatu yang ingin dia beritahu.


Apa pendapat anda?


Oleh: ISKANDAR ZULFAQAR

Post a Comment

0 Comments