Kisah Sedih Sultan Terengganu Dilucutkan Takhta Sehingga Menjadi Pemandu Teksi Ke Akhir Hayat

 


30 dekat yang lalu, sebuah tuntutan tahta berkaitan jawatan sultan Terengganu telah dikemukakan di mahkamah oleh seorang pemandu teksi yang mengaku pernah menjadi sultan Terengganu pada tahun 1942 hingga 1945. Ia bernama Tengku Ali.





Siapakah Tengku Ali? 

Tengku Ali dilahirkan pada tahun 1914, di Istana Tepi Bukit, berhampiran Bukit Puteri. Beliau merupakan putera sulung Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke-13.


Bondanya ialah Tengku Ampuan Mariam, puteri Almarhum Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang.


Semasa Tengku Ali dilantik menjadi Sultan Terengganu, Tengku Ainon Jamal (isterinya kerabat diraja Kedah) telah dilantik sebagai Tengku Ampuan. 


Perlantikan tersebut telah digazetkan di dalam Warta Kerajaan Terengganu Bil. 18 yang bertarikh 16.09.2603 (tahun Jepun). 



Walaupun demikian, jodohnya dengan Tengku Ainon Jamal tidak panjang. Mereka berpisah setelah Tengku Ali diturunkan daripada tahta kesultanan Terengganu.



Berdasarkan bukti-bukti sejarah, Tengku Ali memang pernah menjadi Sultan Terengganu ke-14, dari tahun 1942-1945. Iaitu sebelum Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin memerintah Terengganu. Tengku Ali dilantik menjadi Sultan Terengganu oleh jemaah menteri, bagi menggantikan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, ayahandanya yang mangkat pada 25 September 1942.


Namun, jawatan sebagai sultan telah dilucutkan oleh bapa saudaranya melalui bantuan British. Tengku Ali hanya sempat memerintah Terengganu selama 3 tahun sahaja. 


Setelah itu, beliau hidup sebagai rakyat biasa dan memandu sebuah teksi. Beliau bukanlah seorang yang tidak berilmu,  malahan ketika berusia 15 tahun, beliau sudah dihantar  menuntut di Andrew School, England. Selepas itu ke Universiti Oxford, mengambil jurusan Ilmu Alam, selama 5 tahun. 


Menurut Mohd Rafi Abd Rahman kisah Tengku Ali ini adalah benar, kerana arwah ayahnya pernah berziarah ke rumah Tengku Ali di sebuah rumah kayu buruk. 


Tuntutan mahkamah  tidak menyebelahi beliau. Apa yang terkilan di hati Tengku Ali adalah beliau tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan Terengganu dimana seolah-olah selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942, Terengganu tidak mempunyai sultan sehingga pertabalan bapa saudaranya pada tahun 1945. 


Akhirnya, Tengku Ali mangkat pada hari Jumaat, 17 Mei 1996, di usia 82 tahun dan dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.


Kredit: Maharum Bugis Shah, Blog Ammar, Iluminasi

Post a Comment

0 Comments