Misteri mayat berbalut dengan selimut di kolam air panas menjadi tanda tanya...

 


Gua Musang - Mayat seorang lelaki ditemukan berbungkus dengan selimut dan diikat menggunakan tali di kolam Air Panas Lojing, di sini pada Ahad.


Mayat yang dijumpai itu penuh misteri kerana tiada sebarang binatang,dan haiwan mengurungnya. Cuma mayat yang berbalut itu dilihat sangat kasihan kerana tiada sebarang identiti pada diri.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada jam 8.30 malam.


"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku ke atas mayat tersebut.


Beliau berkata, lelaki berketinggian 1.6 meter dan berusia lingkungan 20-an itu tidak mempunyai suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG).


Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Post a Comment

0 Comments