Pengasuh Cuai, Kanak-kanak Maut Tertinggal Dalam Lift

 


China: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun telah tertinggal di dalam lift akibat kecuaian pengasuhnya. Kejadian tersebut berlaku selepas kanak-kanak itu dibawa bermain ke sebuah taman untuk bermain skuter.


Ketika pulang ke rumah, mereka menaiki lift ke tingkat lapan. Setelah lift sampai, pengasuh tersebut ke luar lift sambil memegang skuter dan di sebelah tangan pula sedang sibuk menggunakan telefon.  Ketika melangkah keluar, kanak-kanak malang itu tertinggal di dalam lift dan pintu tertutup. 


Keadaan menjadi cemas, pengsasuh bergegas mencari kanak-kanak itu malangnya tidak dapat menemuinya. Dalam kekalutan itu, kanak-kanak perempuan itu menangis hampir 30 saat di dalam lift sebelum pintu lift terbuka di tingkat satu. 


Kanak-kanak kecil itu keluar daripada lift dan memanjat tingkap kemudian jatuh ke tingkat bawah. Struktur binaan tingkap yang rendah membolehkan kanak-kanak mudah memanjat tingkap apartment tersebut. 


Dalam masa yang sama,  pengasuh menelefon ayah kanak-kanak itu kerana masih tidak menemukan kelibat anak asuhannya. 


Setibanya di apartment, ayah kanak-kanak itu memeriksa tingkat satu dan ketika sampai ke tingkap, dia melihat puteri kesayanganya berlumuran darah di tingkat bawah dan sedang nazak akibat terjatuh. 


Ayahnya bergegas  membawanya ke hospital sambil menjerit meminta tolong.  Kanak-kanak malang itu tidak dapat diselamatkan kerana telah menahan sakit selama sejam sebelum dijumpai. Ayah dan ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis dan mendakwa pengasuhnya kerana cuai dalam melaksanakan pekerjaan. 


Malahan pengasuh tersebut merupakan pengasuh professional yang mendapat latihan daripada agensi sebelum bertugas. Hanya selama 7 hari, beliau telah menyebabkan kanak-kanak dibawah jagaannya meninggal dunia.

Post a Comment

0 Comments