Ramai Tak Tahu Ibrahim Pendek Berniaga Dari Kecilan Terus Gempak!! - Nasihat Ibrahim Pendek Untuk Peniaga

 


Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan telah memulakan kerja seninya sejak 1950 an lagi, sejak tahun 1953 lagi beliau telah merantau dari Taiping Perak ke Singapura untuk mencari rezeki.Dengan hasil lakonan itulah beliau mengumpul sedikit-sedikit untuk berniaga, kebetula ketika itu ramai pelakon diberhentikan oleh sudio di Jalan Ampas


IBRAHIM PENDEK STORE


Seniman terkenal, Ibrahim Pendek pernah memiliki perniagaan di Geylang Arcade, Singapura.


Beliau menjual tali pinggang & kasut yang diimport dari England & Amerika Syarikat.


Kedainya dipanggil Ibrahim Pendek Store.


Beliau pernah berlakon dalam lebih 40 buah filem sejak dari zaman Studio Jalan Ampas sehingga filem terakhirnya iaitu filem XX RAY arahan Aziz M Osman.


Beliau juga mencipta sejarah sebagai pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood, The Spiral Road pada tahun 1962.


Ibrahim Pendek sentiasa minat untuk berniaga. Asalnya beliau bekerja sebagai pelakon sekadar untuk menampung kehidupan & mengumpul modal untuk berniaga.


Selepas diberhentikan beramai-ramai dengan pelakon-pelakon lain daripada syarikat Shaw Brother di Jalan Ampas, beliau terus menumpukan kepada bidang peniagaan dengan bersungguh-sungguh.


Ibrahim Pendek Store mengimport tali pinggan dari Amerika Syarikat & kasut dari England sejak 1971.


Produk yang dijualnya lebih mahal daripada produk tempatan, tetapi mendapat sambutan dari pembeli di Singapura kerana rekaan & fesyen jualannya digemari oleh orang ramai ketika itu.


Walaupun modal mengimport barangan tersebut tinggi, tetapi pulangannya sangat menggalakkan.


Menurut Ibrahim Pendek, menjual produk tempatan agak susah kerana banyak persaingan. Walaupun produk importnya lebih mahal, tetapi lebih banyak permintaan kerana tidak banyak saingan.


Selain menjual produk import di kedainya, Ibrahim Pendek juga membekalkan produknya itu secara borong kepada peniaga di Malaysia & Brunei.


Antara nasihat Ibrahim Pendek:


1) Dalam perniagaan kita mesti sabar, tekun & mesti mengetahui teknik-teknik dalam perniagaan. Ini kerana perniagaan itu ada musim-musimnya mengikut kemahuan pengguna.


2) Bekalan barangan mesti cukup. Tempahan-tempahan barang mesti teratur & tahu bila perlu dipesan.


3) Dalam perniagaan, kita mesti tahu selera orang ramai, apa fesyen & barang yang mereka mahu. 


4) Setiap orang perlu menumpukan pada satu-satu kerja atau bidang dahulu. Setelah berjaya barulah pindah ke kerja lain pula.


Walaupun kedai beliau menumpukan jualan kasut & tali pinggang import, tetapi produk tempatan seperti baju & seluar juga dijual di situ. 


Produknya tidak sukar untuk dijual kerana jenamanya telah terkenal dengan kualitinya.


Menurutnya, beliau tidak memerlukan kedai yang besar asalkan produknya berkualiti & digemari ramai. 


Cara beliau mendapatkan bekalan produknya, beliau bertemu dengan wakil syarikat produknya di Singapura, kemudian baru beliau berurusan dengan pengeluar di luar negara.


Seterusnya barulah beliau berurusan dengan bank untuk membantu urusan perniagaannya.



Ketika itu, beliau satu-satunya peniaga Melayu di Singapura yang menjual produk tali pinggang & kasut import dari England & AS ini.


AL-FATEHAH



Sumber: Berita Harian, 5 April 1973. (m/s 7)

KHAIRUL FADHLI SAADON

Penulis.

Post a Comment

0 Comments