Syabas! Pelakon Ebby Saiful Ali Menerima Diploma Dalam Majlis Konvokesyen MEATECH 2022

 


Pelakon, Ebby Saiful Ali berkongsi rasa gembira apabila menerima Anugerah Pencapaian Industri Kreatif Diploma Kemahiran Malaysia Koordinasi Pengarahan Filem di Majlis Konvokesyen Meatech 2022 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa Cheras, di sini, hari ini.


Ebby Saifullah Ali (63) atau lebih dikenali sebagai Ebby Saiful merupakan seorang pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV yang popular Malaysia dan  Singapura pada era 1980an.


Filem yang paling diingati dan melonjakkan nama beliau di persada seni  adalah Ali Setan. Beliau memegang watak sebagai Latif, kawan baik kepada Ali Setan lakonan Azmil Mustapha, Ebby berjaya mencuri hati para peminat filem ketika itu. Sebagai siswa sebuah universiti, lakonan benar-benar mewarnai filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin itu.


Kini, beliau selesa hidup bersama keluarganya dan tidak meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Ramai yang menawarkan untuk beliau bergiat semula dalam lakonan, namun jawapannya cukup ringkas, 'saya sudah tua'. 


Ebby Saiful lebih selesa hanya bergiat dibelakang tabir sebagai pengarah drama. Selain itu dalam kesibukan bekerja, beliau sempat melanjutkan pelajaran di peringkat diploma sebagai nilai tambah dalam bidang kerjayanya. 



Selain Ebby Saiful, turut hadir di majlis konvokesyen Meatech ialah pengarah, Datuk Zulkifli M Osman dan Fauziah Nawi.

Post a Comment

0 Comments