Terkejut miliki wang tak dituntut sebanyak RM12000 | Ikuti Cara Check Wang Tak Dituntut Secara Online

 


KOTA BHARU: Seorang pengunjung terkejut dimaklumkan memiliki wang yang tidak dituntut berjumlah RM12,000 hasil pemeriksaannya di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) yang disediakan sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.


Menurut Ketua Unit WTD Jabatan Akauntan Negara Kelantan, Nur Anis Sahibudin, senario itu antara 'kisah' menarik sepanjang dua hari kaunter berkenaan beroperasi sejak Jumaat.


"Setakat semalam, sudah 1,273 orang datang membuat pemeriksaan di kaunter ini. Rata-rata kelihatan terkejut kerana tidak tahu memiliki wang yang tidak dituntut.


"Kaunter pemeriksaan yang disediakan ini secara tidak langsung peluang serta kesedaran selain memudahkan pengunjung membuat pemeriksaan sekiranya mereka ada wang yang tidak dituntut, hanya beri kad pengenalan petugas akan membantu membuat pemeriksaan," katanya kepada Bernama, hari ini.


Nur Anis berkata selain di kaunter, orang ramai juga boleh membuat semakan WTD menerusi portal eGUMIS.


Ikuti cara check wang tak dituntut (WTD) secara online:


Dah tuntut ke belum WANG TAK DITUNTUT (WTD) di bank tu? Atau masih tak tahu lagi cara untuk check wang tak dintuntut (WTD) secara online? Cara check wang tak dituntut secara online lebih mudah berbanding pergi sendiri ke JANM (Jabatan Akauntan Negara Malaysia). 


Yang dah check, bagus lah. Yang belum, boleh check sementara mudah nak check online ni. 


Pergi ke portal sah semakan online Wang Tak Dituntut : https://egumis.anm.gov.my/ 


1. Klik pendaftaran pada sebelah atas kanan (anak panah merah tu)



2. Selepas klik pendaftaran akan keluar satu borang seperti di bawah. Isi maklumat lengkap. Tick saya mengakui...dan tick captcha saya bukan robot tu. Kemudian tekan daftar.


3. Selepas pendaftaran berjaya, barulah boleh log in dengan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan tadi. 


Bila dah login, akan terpapar lah rekod wang yang tidak dituntut (jika ada). Mudah je cara tuntut wang yang tidak dituntut secara online tanpa perlu bersusah payah keluar ke JANM (Jabatan Akauntan Negara Malaysia). Cepat pun cepat


Sebelum ni kalau ke jabatan akauntan kena bawa dokumen untuk pengesahan bagai. Check online tak perlu semua tu. Cara mudah seperti yang di atas. 


Lagipun musim pandemik COVID-19 ni eloklah kita tak perlu keluar rumah kalau boleh buat online je. Mudah kerja gitu. 


Jika ada, alhamdulillah. Boleh juga buat tambah tambah duit belanja. Jika tiada, anggap bukan rezeki walaupun rasa macam ada bukak bank account tapi tak aktif lalu dibiarkan terbengkalai. Jika tetap bukan rezeki kita, tetap bukan rezeki. 


Berapa lama proses wang tak dituntut tu akan dapat, saya kurang pasti sebab saya check tak ada rekod pulak. Dulu pernah ada akaun affin bank tapi tak tutup pun. Pelik pulak tak ada dalam rekod. Dah dia kata takda, nak buat macamana kan.


Mungkin siapa yang pernah mohon boleh kongsikan berapa lama proses dapat wang yang tak dituntut tu. Anyone?


Nota: Had carian yang dibenarkan adalah 2 carian sehari. Boleh check 2 kali je sehari ye.



Post a Comment

0 Comments