Ugut Nak Bunuh Mak Sebab Motor

 


SUNGAI PETANI - Seorang wanita berdepan detik cemas diugut bunuh oleh anak kandungnya dalam kejadian amuk di Bandar Perdana di sini kira-kira jam 2 petang Rabu.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa tidak membenarkan suspek menggunakan motosikal miliknya.


Akibat itu, mangsa berusia 20 tahun mengamuk dengan memegang sebilah pisau mengugut mahu membunuh ibu dan ahli keluarga lain.


"Ibunya berusia 40 tahun yang merupakan seorang suri rumah tidak membenarkan suspek menggunakan motosikal kerana lelaki tersebut baharu sahaja pulang setelah tiga hari keluar rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Difahamkan, turut berada dalam rumah ketika itu ialah adik-beradik suspek yang lain.


Bagaimanapun, hasil maklumat yang diterima dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda membolehkan suspek ditahan anggota MPV yang sedang melakukan rondaan.


Menurut Zaidy, saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.


Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan 



Post a Comment

0 Comments