(Video) - Fans Indonesia bertepuk tangan lepas pagar roboh, persoal kualiti stadium baru tapi kos cecah RM1 Bilion

 


Baru-baru ini, tular sebuah klip video yang memaparkan sebahagian pagar di dalam kawasan stadium baharu Indonesia, Jakarta International Stadium (JIS) roboh, lapor BolaStylo.com.


Namun apa yang menarik perhatian ramai, kejadian pagar roboh itu berlaku tidak lama selepas stadium tersebut dirasmikan baru-baru ini sebagai fasiliti yang dianggap bertaraf antarabangsa.


Sewaktu pelancaran grand launching JIS kelmarin, Gabenor DKI Jakarta, Anies Baswedan berkata bahawa stadium tersebut memiliki standard setaraf dunia.


“Pemain Persija berkelas dunia, penyokong berkelas dunia dan InsyaAllah stadium (pun) berkelas dunia.


“Hari ini kita miliki stadium berkelas dunia,” katanya kepada pemain kelab Persija Jakarta (Jakmania) di Balai Kota DKI, memetik laporan Kompas.


Bagaimanapun, kenyataan ‘stadium berkelas dunia’ yang dilontarkan gabenor itu sebaliknya hanyalah tanggapan kualiti sebenar stadium berkenaan.


Isu tersebut timbul apabila pagar stadium tersebut roboh sewaktu pertama kali ia digunakan selepas perasmian.


Ketidakpuashatian itu dibangkitkan oleh ramai penyokong bola sepak tempatan (Indonesia) yang mana mereka mempersoalkan tentang status ‘berkelas dunia’ seperti yang diucap gabenor.


“Stadium baru, kapasiti 82,000, tiket hari ini 64,000 tapi hasilnya macam ni? Masa kualiti 4,5 trilion cuma begini?” memetik kata salah seorang warganet di Twitter.



Menurut laporan Kompas, pagar yang terletak di bahagian sebelah utara JIS itu roboh kira-kira jam 5.42 petang waktu tempatan.


Lebih mengeruhkan keadaan, pagar roboh beranggaran sepanjang 20 meter itu terletak betul-betul di bahagian tempat duduk penyokong (ultras) Persjia berada ketika itu.


Bagaimanapun, Anies yang menilai kejadian itu menjelaskan bahawa ia berkemungkinan berpunca akibat semangat para penyokong yang berkobar-kobar.


Malah tambah bekas menteri pendidikan berkenaan, insiden pagar roboh itu terjadi ketika JIS pertama kali digunakan.


Sementara itu, Jakmania tidak duduk diam dan turun padang dalam usaha membaiki pagar stadium berkenaan. Sehingga kini, punca pagar roboh itu masih belum diketahui.



Post a Comment

0 Comments