(Video) - Misteri Kehilangan Iman Aqmar Terungkai Selepas Setahun Menghilang!!

 


PEKAN, PAHANG:  Iman Aqmar dilaporkan hilang pada 29 Oktober tahun lalu selepas perjalanan pulang daripada tempat kerjanya ke kampung iaitu  dari Pasir Gudang, Johor ke Terengganu. 




Laporan polis dibuat selepas beliau tidak dapat dihubungi selama dua hari. Hari ini jenazah Iman telah ditemui di dalam  sungai dengan sebuah kereta Nissan  Grand Livina yang dipandunya.






Menurut maklumat awal, sekumpulan kaki pancing membuat laporan di balai polis setelah melihat bumbung kereta  tersebut berada di dalam sungai. Pasukan bomba dan penyelamat telah dipanggil untuk mengangkat kereta itu di kawasan Nenasi, Pekan Pahang. 


Setelah diangkat, jenazah Iman Aqmar masih berada di dalam kereta dan masih lengkap berbaju kerja offshore Pengerang.  



Moga keluarga Arwah tabah dengan ujian ini dan semoga Iman Aqmar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman amin


Gambar: Media Sosial

Post a Comment

0 Comments