Cannot brain! Dah j4hat, lepas tu fitnah lagi, 2x j4hat Isr4el ni - Global

Cannot brain! Dah j4hat, lepas tu fitnah lagi, 2x j4hat Isr4el ni - Global



Kisah Sabra dan Shatila


Ingat lagi tak kisah 39 tahun yang silam? Ini adalah kawasan perkhemahan pelarian P4lestin di Beirut, Lubnan. Ingat lagi tak apa yang berlaku di sana pada tahun 1982? Ingat lagi tak seorang yang bernama "Ariel Sharon"? Orang2 P4lestin tidak lupa. Kita yang kadang2 lupa. Ni sajalah nak up kisah ni bagi segar semula. Begitu juga dengan kisah Pertempuran di Jenin, di Tebing Barat pada 2002.


Kita lupakan? Ingat lagi tak wajah kanak2 perempuan comel yang mati terkambus di Jenin dulu tu? Ingat lagi tak? Ingat lagi tak boikot itu boikot ini pelbagai makanan barat? Lupa kan? Emosi kita naik ketika peristiwa begitu hangat dan beransur2 merudum dan terus lupa kan? Takpalah, kita cubalah buat yang terbaik. Sabra dan Shatila, Ini adalah peristiwa penyembelihan, pembunuhan besar2an oleh sekutu Isr4.el, iaitu puak Kristian Phalangis di Lubnan.


Kisahnya begini, ketua Phalangis iaitu Basyir Gemayel terbunuh akibat pengeboman di ibupejabat Parti Kristian Phalangis ini. Puak Phalangis ini mengesyaki ianya dilakukan oleh militia P4lestin. Hanya dengan syak wasangka, mereka iaitu militia Phalangis ini pun masuklah ke penempatan pelarian Prlestin di khemah Sabra dan Shatila. Penempatan khemah pelarian ini sebelumnya telah dikepung oleh tentera Isr4el yang sebelum itu telah melanggar Lubnan dan menguasai ibunegaranya iaitu Beirut.


Kalau mengikut undang2 Bulan Sabit dan Palang Merah antarabangsa, sepatutnya Isr4.el wajib menghalang mana2 militia bersenjata termasuk puak Phalangis ini masuk. Dan lagi tentu tentera Isr4el tahu apakah sebabnya militia bersenjata ini masuk ke khemah pelarian tersebut, sudah tentu dengan tujuan untuk membalas dendam. 150 militia Phalangis lengkap bersenjata masuk ke kawasan perkhemahan dan penyembelihan besar2an pun berlaku.




Mereka membunuh orang awam P4lestin yang langsung tidak bersenjata, termasuk kanak2 . Wanita2, orang2 tua tidak terkecuali dan jumlah anggaran yang terkorban adalah sekitar 3 ribu orang. Mereka masuk dengan beberapa buah bulldozer. Bulldozer ini melanggar khemah2, yang digelek, digeleklah, yang mana keluar di tembak. Askar2 Isr4el langsung tidak berbuat apa2.


Ada yang mengatakan itu adalah di atas arahan menteri pertahanan Isr4.el sendiri iaitu Ariel Sharon. Orang awam Isr4el sendiri pun marah dan mereka melakukan tunjuk perasaan besar2an di Tel Aviv membantah peristiwa kejam tersebut. Akhirnya akibat pelbagai tekanan, Ariel Sharon meletakkan jawatan sebagai menteri pertahanan Isr4.el.


Havoc seluruh dunia, akhbar2 seluruh dunia memaparkan gambar2 ngeri di Sabra dan Shatila. Tunjuk2 perasaan berlaku terutama di Pakistan. Seperti biasa ramai orang awam Pakistan yang mati terpijak, lebih ramai yang mati dari askar ZiĆ².nis sendiri. Kalau kita lihat sampai sekarang pun, sama saja. Boikot Coca Cola. McD, tunjuk perasaan, mati kena pijak. bakar bendera Isr4.el. Semuanya bermusim.


Pemimpin yang jitu seperti Umar bin Abdul Aziz, Salahudin al-Ayubi, Mehmet II (al-Fateh), Tun Perak dan Aurangzeb masih tidak muncul2 lagi. Selepas tragedi Sabra dan Shatila, banyak lagi peristiwa sedih yang melanda umat Islam. Krisis Moro di Mindanau, Filipina, Afghanistan ketika era di bawah jajahan USSR, Perang Iran-Iraq, Bosnia genocide, peristiwa Maluku, Arab Spring dan banyak lagi yang beratur dalam senarai panjang. 


Dan sekarang pada tahun 2021, rakyat P4lestin berdepan dengan satu lagi provokasi y4hudi, tidak seperti di Sabra & Shatila, mereka ini sejak intifadah beberapa tahun kebelakangan ini telah mula melawan balik bermula dengan batu2 kecil dan batu2 kecil ini telah berubah sedikit demi sedikit dan kini balingan batu2 kecil ini telah sampai ke Tel 4viv dengan jumlah yang banyak. VIVA P4lestin!



Sumber Kredit Mohd Aznam bin Abdul Rahman

Post a Comment

0 Comments