Dakwa Kuliah Subuh Menganggu, Lelaki Rampas Mikrofon Penceramah

 

Foto sekadar hiasan

Seorang lelaki bertindak mengamuk di sebuah surau di Ampang Campuran, Selangor gara-gara mendakwa Kuliah Subuh yang diadakan di surau terbabit terlalu bising.

Foto sekadar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pihak polis telah menerima laporan daripada pengerusi surau terbabit berhubung seorang lelaki tempatan bertindak menarik mikrofon penceramah lalu menjerit dengan mengatakan kuliah itu terlalu bising.


Ketika kuliah Subuh berlangsung, seorang lelaki tempatan yang tidak kenali terus menuju ke arah penceramah lalu menarik mikrofon dan menjerit menyatakan kuliah itu terlalu bising hingga mengganggunya.


Jemaah surau juga bertindak menghalangnya dan meminta dia meninggalkan surau terbabit dengan cara baik.


Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan lelaki berusia 34 tahun itu yang bekerja sebagai penjaga stor di Jalan Ikan Emas Mesra pada pukul 7.00 petang kelmarin.


Semakan dilakukan mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod bagi kesalahan dadah dan ugutan jenayah.


Susulan daripada itu, lelaki terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan niat melukakan perasaan agama seseorang serta Seksyen 14 Akta Kecil 1956 atas kesalahan kelakuan aib.

Post a Comment

0 Comments