Disebabkan Orang Penting Fans, Bayi 6 bulan Maut Bapa Bawa Naik Motosikal Tempuh 500KM Mengambil Masa 12 Jam Untuk Tonton Bola

 


Disebabkan Orang Penting Fans, Bayi 6 bulan Maut Bapa Bawa Naik Motosikal Tempuh 500KM Mengambil Masa 12 Jam Untuk Tonton Bola 


Pada 1 Ogos lepas, seorang bayi berusia 6 bulan maut apabila bapanya membawa menaiki motosikal dan menempuh perjalanan selama 12 jam, sekitar 500 kilometer semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan kegemarannya iaitu pasukan Persebaya.


Tragedi menyedihkan itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada bayi tersebut di laman Twitternya, @jungkangFamily pada 5 Ogos baru-baru ini.


Menurut perkongsian itu dia memaklumkan mereka sekeluarga menaiki motosikal dengan penuh semangat untuk menyaksikan perlawanan tuan rumah yang pertama di stadium Gelora Bung Tomo Surabaya.


Mereka betolak dari Tegal pada jam 5.38 petang pada Sabtu dan tiba di Surabaya pada jam 7.15 pagi Ahad.


Ketika itu bayinya mengalami batuk berkahak dan sukar untuk bernafas. Mereka kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Ewa Pangalila untuk mendapatkan rawatan.


Malangnya, peralatan perubatan di hospital tersebut tidak lengkap. Bayinya dirujuk ke hospital lain di Rumah Sakit Pusat Angkutan Laut (RSAL).


Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan ambulans, mereka pun membawa anaknya menggunakan motosikal ke RSAL.


Sesampai di situ doktor memaklumkan keadaan bayinya yang sudah terlalu lemah dan akhirnya disahkan meninggal.


Perkara itu membuatkan Al-Fajri teramat menyesal dengan sikap fanatiknya untuk menonton bola hingga telah menyebabkan permata hatinya pergi buat selamanya.


“Saya mengakui kesilapan saya, kecuaian saya sebagai ayah. Saya yang bodoh, saya bukan seorang bapa yang baik, tolong jangan ulangi kesilapan saya.” Katanya.


Doktor yang merawat bayinya kemudian memaklumkan adalah sangat tidak sesuai untuk bayi dibawa di atas motor apa lagi perjalanan yang jauh atas sebab kepala dan leher mereka masih terlalu lemah dan boleh menyebabkan risiko besar untuk bayi.


Perkara ini turut menimbulkan kemarahan ramai warganet, namun masih ada yang turut bersimpati mengucapkan takziah. Pasukan Persebaya tidak ketinggalan turut menzahirkan ungkapan takziah kepada keluarga tersebut.



Post a Comment

0 Comments