Doktor Dedah Kesan Pemakaian Inai Pada Ibu Hamil, Minta Wanita Tangguhkan Dahulu Niat

 


Sejak kebelakangan ini penjualan inai celup daripada artis mahupun peniaga biasa dilihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Peniaga juga seperti bijak memilih sasaran iaitu wanita. Biasalah, wanita kan suka bercantik.


Ramai wanita tertarik dengan kelebihan inai daripada jenama masing-masing. Bagaimanapun, faktor kesihatan juga perlu diambil kira. Tahukah para wanita bahawa ibu hamil tidak digalakkan memaikai inai?


Baru-baru ini seorang doktor di TikTok telah menjawab satu kekeliruan yang diajukan kepadanya yang berbunyi “saya nak pakai inai juga tapi ada terbaca ibu hamil tidak digalakkan memakai inai”.


Menurut Dr Irma Izzati, pemakaian inai di jari wanita hamil berkemungkinan besar menganggu petugas medik terutama sekali dalam prosedur pemeriksaan kesihatan.

Sebagai contoh, ketika dalam situasi Peripheral Cynosis (kekurangan oksigen) di mana hujung jari dan kuku akan berubah menjadi kebiruan.

Manakala untuk menjalankan pemeriksaan status dehidration di fasa awal kandungan pula, doktor perlu menekan kuku ibu hamil bagi melihat perubahan warna yang berlaku.

Disebabkan itu, wanita hamil tidak disarankan memakai inai kerana akan menyukarkan doktor mahupun para medik untuk mengenalpasti komplikasi yang ada memandangkan warna inai telah menutupi warna kuku sebenar. Lebih teruk, rawatan tidak dapat disalurkan dengan segera.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kaum ibu mengucapkan terima kasih atas penerangan yang cukup jelas disampaikan oleh Dr Irma. Malah, ramai ibu hamil dilihat menangguhkan dahulu niat untuk memakai inai demi menjaga kesihatan.

Para penjual inai turut dilihat meninggalkan komen pada video yang dikongsikan. Selepas mendengar nasihat daripada Dr Irma, mereka selepas ini mungkin boleh lebih berhati-hati agar tidak menyarankan ibu hamil memakai inai atas faktor kesihatan.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang sudah terpakai inai di jari sebelum mendengar penjelasan daripada doktor berkenaan. Pun begitu Dr Irma meyakinkan para wanita bahawa tidak mengapa jika sudah pakai kerana kuku boleh tumbuh semula.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“Terima kasih Dr. i lofa youuu 🥰🥰


“saya dh pakai pulak tu innai nunha ni😅 hahahaha apa perlu buat”


“Terima kasih Dr. Penjelasan yg jelas sgt.. 😁👍🏻


“samalaa saya siap letak dkt kuku kaki pulak tu😅🤣


“Dah terpakai 🥲🥺 baru tahuu”


“Tgu bersalin dlu sis, sy dlm pantang berinai je, lepaskan ngidam 😅


Video tiktok Dr Irma Izzati

@drirmaizzati Replying to @jimingyuhanihae mengandung tak boleh pakai inai? Inai dari @inainunha_hq #tiktokdoc #doktortiktok #learnontiktok #tiktokguru ♬ original sound - dr irma

Post a Comment

0 Comments