Isteri Rakam Video Bergelek Di Tepi Suami Sedang Nazak

 


Sebuah video tular di aplikasi tiktok setelah dimuatnaik oleh seorang wanita yang merakam aksinya bergelek di disebelah pesakit di hospital. 


Video itu dimuatnaik dengan tulisan " you mati, i party".  Wanita tersebut dikatakan telah menjaga suaminya yang terkena serangan jantung yang serius. 


Ketika suaminya nazak dan bertarung nyawa untuk hidup, dia merakam dirinya bergelek untuk menunjukkan kegembiraannya jika suaminya meningal dunia. Mengapa demikian? 


Menurut wanita itu, suaminya telah didapati curang di belakangnya. Kerana terlalu sakit hati, dia melakukan aksi itu dihadapan suaminya yang nazak. 


VIDEO


Video itu telah mengejutkan netizen. Namun, ada yang menyokong wanita itu dan ada pula yang mengecam tindakannya. 


Apa pula pendapat pembaca?





Post a Comment

0 Comments