KWSP TERKINI: Berkenaan Pengeluaran Khas Akaun 2 KWSP | Wajib baca supaya tidak terjebak dengan scammer



Berita mengenai pengeluaran Khas 2.0 KWSP mula kedengaran di mana-mana ruang perbicaraan netizen. Pelbagai petisyen dibuka untuk menggesa KWSP memperkenalkan Pengeluaran Khas 2.0.


Kementerian Kewangan juga tidak memberikan sebarang respon atau pengumuman mengenai hal ini, sama ada ianya akan dilaksanakan ataupun tidak.


Respon KWSP Mengenai pengeluaran Khas 2.0


Namun, KWSP ada memberikan komen yang diambil dari laman web Facebook rasmi KWSP berkenaan pengeluaran khas 2.0.


Setakat ini, tiada sambungan/lanjutan untuk Pengeluaran Khas 10k. Anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP tertakluk kepada Skim Pengeluaran yang disediakan. Untuk info lanjut berhubung Skim Pengeluaran KWSP yang terkini, klik https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.


 Antara komen lain daripada KWSP adalah;


Hi ! Setakat ini, tiada Pengeluaran Khas 2.0 akan dilaksanakan. Terima kasih.

 

KWSP Berkongsi Alternatif Pengeluaran Khas 2.0

KWSP turut berkongsi kegunaan pengeluaran yang boleh digunakan dengan akaun 2 KWSP.

KWSP tiada menyediakan pengeluaran untuk tujuan mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. KWSP hanya membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan sahaja.



Dalam pada itu, antara produk yang baru dilancarkan oleh KWSP adalah 

i-Lindung. Di mana para pemohon boleh menggunakan akaun 2 untuk mendapatkan pakej perlindungan takaful/insurans.

Post a Comment

0 Comments