"Mana boleh bang! Mari saya tolong isi..." - Brader ni angkat ron97 masuk dalam tangki

 


Seperti sedia maklum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan minyak petrol Ron95 bukan untuk kenderaan bernombor plat asing. 


Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang bersempadan dengan Singapura / Thailand telah dinasihatkan agar mematuhi larangan penjualan petrol Ron95 kepada semua kenderaan yang bernombor pendaftaran asing.


Tular satu gambar yang berlaku di Shell Pandan Tebrau Johor Bahru baru-baru ini yang mana pengurusan stesen minyak didatangi sebuah kereta plat asing untuk mengisi minyak, yang bagusnya mereka ada staff khusus untuk memantau kereta asing khususnya bernombor pendaftaran Singapura semasa mengisi minyak. 



Pada awalnya kami melihat dari jauh owner kereta tu hendak mengangkat Ron95 tapi dipanggil staff shell tersebut berkata "minyak ni tak boleh bang, kena ambil minyak ni.." dari situ kita faham owner kereta tersebut pun tahu minyak Ron95 bukan untuk mereka berwarganegara Singapura.


Seterusnya kami lihat staff shell memasukkan nozzle ron97 yang tidak bersubsidi ke dalam tangki kereta itu, langkah ni sangat bagus kerana wang subsidi yang diberikan kerajaan Malaysia kepada rakyat tidak dinikmati oleh warganega asing sewenang-wenangnya.


Jika sesiapa melihat stesen atau pengurusan stesen minyak mana-mana memberikan minyak Ron95 pada mereka berpendaftaran asing bolehlah ajukan aduan pada KPDNHEP berdekatan dan menunjukkan bukit supaya tindakan boleh diambil.


Tindakan tegas akan diambi sekiranya peniaga didapati melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.


Sumber: Muhamad, KPDNHEP

Post a Comment

0 Comments