Melayu Popular Dengan Muflis Sejak 2020 Hingga Mei 2022

 


Kuala Lumpur – Orang Melayu paling ramai diisytiharkan muflis sejak tahun 2022 hingga Mei lalu membabitkan sebanyak 10,266 kes, diikuti kaum Cina (4,447 kes), India (1,321 kes), lain-lain (1,516 kes),


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, manakala sebanyak 48 kes muflis lagi melibatkan bukan warganegara.


“Selangor mencatatkan kebankrapan tertinggi iaitu 4,164 kes dalam tempoh sama. Wilayah Persekutuan dan Johor masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga dengan jumlah 2,203 dan 1,987 kes.


“Tiga negeri di kedudukan paling rendah pula ialah Perlis (99 kes), Melaka (453 kes) serta Terengganu (569 kes),” katanya dalam kenyataan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) yang meminta penjelasan berhubung bilangan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis sejak Januari 2020 hingga Mei lalu mengikut umur, jantina dan kaum.


Wan Junaidi dalam kenyataan sama berkata, individu berusia antara 35 dan 44 tahun dikategorikan sebagai paling ramai muflis iaitu seramai 6,681 orang.


Tambah beliau, golongan lelaki merekodkan kes tertinggi iaitu 12,970, manakala 4,607 kes membabitkan wanita dan dua kes lagi tidak dapat dipastikan jantina.


“Golongan berusia 25 tahun hingga 34 tahun seramai 3,171 kes, 55 tahun dan ke atas (2,823 kes), di bawah usia 25 tahun (46 kes) dan 59 kes dikategorikan tiada maklumat,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Post a Comment

0 Comments