Netizen Seronok Lihat Keterujaan Yang Dipertuan Agong Dan Permaisuri Sambut Merdeka, Beza Dengan Menteri-menteri

 

Pagi ini rakyat Malaysia membanjiri Dataran Merdeka untuk melihat perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65

Difahamkan seawal 4.30 pagi orang ramai telah memenuhi Dataran Merdeka untuk melihat perarakan perbarisan. Malahan pada tahun ini, keterujaan orang ramai untuk menyambut Hari Kemerdekaan sangat luar biasa selepas pandemik yang melanda selama dua tahun dan sebarang upacara sambutan tidak dapat dijalankan. 


Namun yang mencuri tumpuan tahun ini keletah dan keterujaan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong menyambut kemerdekaan. Mereka tidak lelah melambai kepada pasukan perarakan dan orang ramai. Senyuman dan semangat mereka telah dipuji netizen. 


Malahan, netizen membandingkan dengan wajah menteri-menteri yang muram dan kurang bersemangat seperti Yang Dipertuan Agong suami isteri. 







Walau bagaimanapun, sambutan tahun ini sangat meriah dan penyertaan perbarisan seramai 20 000 orang termasuk artis-artis dan selebriti yang mewakili Finas.




Post a Comment

0 Comments