Polis sedang mengesan kereta dipandu melulu

 


Akibat keras hati menguasai diri dan ego, sebuah kereta perodua Myvi bertindak menhalang jalan sebuah kereta, kejadian itu dirakam kamera dashcam mangsa dan bertindak menyerah rakaman tersebut pada pihak berkuasa.


Berita selanjutnya:


Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan sebuah kereta yang berlagak samseng jalanan serta pemilik rakaman video Jalan Taman Selayang Jaya, Selayang, 4 Julai lalu.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian itu, sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melulu dan berbahaya dengan memotong dan brek secara mengejut beberapa kali di hadapan kenderaan yang dimiliki perakam video.


Katanya, satu laporan polis dibuat dan usaha mengesan suspek serta pemilik kamera papan pemuka sedang dijalankan.


"Pada 10.18 pagi, 4 Julai lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak mengesan satu rakaman video berdurasi 1 minit 14 saat di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara berbahaya dan berlagak samseng jalanan di Jalan Taman Selayang Jaya, Selayang.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari lima tahun dan denda tidak kurang dari RM5000 dan tidak lebih dari RM15,000 bagi kesalahan pertama.


"Polis menggesa orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Post a Comment

0 Comments