Ramai Belum Tahu Rupanya Ini Filem Melayu Pertama Yang Dendangkan Azan | Cerita Viral

 


Sahabat baik


P.Ramlee dan Nordin Ahmad adalah dua sahabat baik. Mereka berdua mula berkenalan pada tahun 1951 di dalam filem Juwita. Di dalam filem itu P.Ramlee sudah pun menjadi hero bergandingan dengan Kasma Booty. Manakala Nordin Ahmad baru sahaja memulakan kerjaya lakonan sebagai extra di dalam filem itu.


Se Merah Padi

Admin sengaja memetik kedua mereka ini kerana di dalam filem Se Merah Padi, P.Ramlee telah berjaya membawa Nordin Ahmad ke pentas teater atau filem itu dengan jayanya, Nordin Ahmad tidak mengambil masa yang lama untuk menambat hati pengarah yang diseganinya itu apabila berjaya membawa watak Taruna sebagai rakan karib P.Ramlee (Aduka). 


Ringkasan Se Merah Padi

Merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Tanah Melayu pada 14 Julai 1956. Filem yang diarahkan oleh P.Ramlee ini telah mengetengahkan hukum Islam berdasarkan Al-Quran melalui penceritaannya. Latar belakang filem ini berkonsepkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional serta mempunyai pemahaman agama yang tinggi. Filem ini juga dikatakan yang terbaik pernah diarahkan serta dilakonkan oleh P.Ramlee. Filem ini merupakan filem kedua yang diarahkan oleh P. Ramlee.


Dua sahabat akrab, Aduka (P.Ramlee) dan Taruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampung Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara (Sa'adiah), anak ketua kampong (Daeng Idris) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Taruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak derhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.


Secara ringkas Aduka dan Taruna lah yang mengawal secara total pengurusan kehidupan masyarakat bumi Se Merah Padi supaya mengikuti ajaran agama Islam, ada penduduk kampung yang ditangkap berkhalwat, dituduh membunuh dikenakan hukuman sulah menjelang subuh. Daripada sinilah munculnya azan yang dikumandangkan P.Ramlee kerana hukuman hudud yang dijalankan selepas azannya subuh.


Dalam babak Se Merah Padi, Aduka (P.Ramlee) juga telah melakukan kesalahan iaitu berzina dengan Dara (Sa'adiah) tunang kepada Taruna Nordin Ahmad). Aduka sendiri telah mengakui kesalahannya kepada Taruna dan ketua kampung, di sini P.Ramlee memberitahu hukuman berlandaskan Al-Quran ini tidak terlepas kepada sesiapa sekalipun yang melakukan kesalahan dengan syarat pesalah itu terbukti bersalah, ada saksi atau pengakuan kesalahan. Aduka telah mengambil jalan dengan menerima 100 sebatan dan disegerakan berkahwin dengan Dara.


Babak Azan 

Babak azan yang dikumandangkan oleh P.Ramlee dalam filem ini adalah babak dimana pelaku kesalahan yang ingin dijatuhi hukuman hudud akan dikumandangkan azan terlebih dahulu. Dengan lontaran alunan azan itu juga menjadi tanda tanya peminat filem P.Ramlee dari manakah P.Ramlee tiru suara itu, hal ini kerana setiap yang dilakonkan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kebiasaannya ada makna tersirat.



Kredit video: Nostalgia warna







Filem penuh Se Merah Padi versi warna:



Kredit video: NostalgiaWarna

Penulisan asal oleh: Borak Viral

Post a Comment

0 Comments