Seorang Janda Mengandung Tanpa Hubungan Seks, Dakwa Angin Masuk Dari Vagina

 


Seorang wanita berstatus janda di Cianjur, Indonesia telah mendakwa mengandung tanpa melakukan hubungan seks. 


Menurut Siti Ainah selepas solat,  dia baring dalam keadaan meniarap di ruang tamu. Tiba-tiba beliau merasa ada seperti angin masuk ke dalam vaginanya. 


Beliau berasa sakit tetapi tidak mengendahkannya dan kemudian kembali tidur seperti biasa. Selang beberapa hari, perutnya semakin membesar seperti ibu yang telah mengandung. 


Janda anak satu tersebut pergi ke hospital dan membuat pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan dokor, Siti Ainah sememangnya hamil. 



Beliau berasa pelik kerana tidak pernah melakukan hubungan seks ketika berstatus janda dan menyangka angin tersebut yang telah membuatkannya hamil. 


Cerita pelik ini tersebar, dan Siti Ainah menjadi perhatian publik. Kini, beliau telah selamat melahirkan bayi perempuan yang kini belum lagi di beri nama.



Post a Comment

0 Comments