Tarikh Pembayaran BKM fasa 3 Awal September

 


Berita ini memberi satu perkhabaran gembira buat lebih 9.6 juta penduduk Malaysia yang layak. Mana tidaknya kebiasaan tarikh bayaran dan ambilan tunai untuk BKM pada hujung Mac, Jun tetapi kali ini LHDN sendiri telah merwar-warkan pembayaran BKM fasa 3 akan dipercepatkan kepada awal September.


Bajet 2022 dengan peruntukan sebanyak RM8.2 Bilion untuk BKM ini hampir pasti sudah capai 60-70% pemberian. 


Pembayaran Mengikut Kategori 





LHDN telah mengeluarkan jadual tarikh akhir kemaskini BKM pada 10 Ogos - 16 Ogos 2022 yang menunjukkan pembayaran BKM fasa 3 mulai 8 September 2022.



Daripada jadual di atas, pembayaran fasa 3 BKM berkemungkinan akan diterima oleh para penerima BKM pada 5-8 September 2022. Ianya bersamaan hari Isnin-Khamis pada minggu kedua bulan September tahun ini.


Bagaimanapun masih belum ada pengumuman rasmi yang diumumkan. Ianya tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa. Sama-sama tunggu sebarang pengumuman daripada BKM.


Sementara itu, jika anda ingin semak status permohonan BKM , boleh lawati laman web bkm.hasil.gov.my


Bilakah dijangka BKM fasa 3 dibayar?

Pada minggu kedua September 2022.

Post a Comment

0 Comments