Ajal Jalan Lurus


Ajal Jalan Lurus


Kulim: Seorang lelaki  maut selepas terbabit dalam pelanggaran dengan  sebuah van dalam satu kejadian kemalangan di Taman Mutiara,malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.22 itu  mangsa berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dengan sebuah van jenis Toyota Hiance yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dari arah Jalan Taman Mutiara Hijau ke Jalan Taman Mutiara Biru manakala van dari Jalan Taman Mutiara Biru ke Jalan Mutiara 4.


“Siasatan mendapati, pemandu van sedang membelok menuju ke simpang kanan sementara itu  penunggang motosikal sedang bergerak lurus  dan tidak sempat mengelak van terbabit,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd Redzuan berkata akibat terlalu dekat  penunggang motosikal dan berlaku pelanggaran bahagian hadapan sebelah kiri van terbabit. 


“Akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kepala, pegawai perubatan yang memeriksa mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian.


Mohd. Redzuan berkata, pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan


Ujarnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat


Tambahnya, kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments