Al-Fatihah adik Rafiuddin ditemui pagi ini - salam takziah buat keluarga

 

Abdul Rafiuddin Abdul Rashid dalam gambar dikhuatiri lemas di Sungai Dungun

Dungun: Seorang pelajar hilang dihanyutkan air deras ketika mandi bersama empat rakannya di Sungai Dungun, Kampung Rajawali, dekat sini, petang tadi.


Mangsa iaitu Abdul Rafiuddin Abdul Rashid, 12, dikatakan mandi bersama Muhammad Qhalish Iman Hazimi, 12, Muhammad Aqil Shafie, 12, Wan Adip Hakimi Wan Ahmad, 12, kira-kira jam 6 petang manakala seorang lagi rakannya, Raja Muhammad Anas Raja Ibrahim, 12, tidak mandi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan, Ahmad Shafiki Hussin berkata, sebelum kejadian, mangsa berjalan dari darat ke tebing pasir dalam jarak kira-kira 30 meter.


Menurutnya, sebaik semua mereka mula kembali ke darat, air sungai tiba-tiba naik dengan cepat.


"Dua daripada rakan mangsa sempat berenang naik ke darat dan mengambil pelampung untuk menyelamatkan dua rakan mereka.


"Muhammad Qhalish berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada pelampung manakala mangsa gagal diselamatkan sebelum tenggelam ke dasar sungai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam ini.


Sesi pencarian diteruskan malam tadi sehingga jam 2 pagi sebaik tunggu air sunga surut


Mayat Abdul Rafiuddin Abdul Rashid, 12, ditemukan oleh lima ahli keluarganya yang melakukan pencarian dasar sungai bersama anggota bomba dan polis, jam 2.30 pagi.


Menurutnya, pencarian itu berjaya menemui mayat mangsa kira-kira 12 meter dari tempat mangsa dilaporkan tenggelam.


"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian ,"katanya.


Dalam kejadian petang semalam, Abdul Rafiuddin bersama empat rakannya, Muhammad Qhalish Iman Hazimi, 12; Muhammad Aqil Shafie, 12; Wan Adip Hakimi Wan Ahmad Khairuddin, 12; dan Raja Muhamad Anas Raja Ibrahim, 12; mandi di sungai itu, kira-kira 6 petang.


Selain Raja Muhammad Anas, mereka berempat kemudiannya berjalan untuk bermain di atas tebing pasir di situ dalam jarak kira-kira 30 meter dari darat.


Kesemua mereka bertindak berenang selepas air sungai secara tiba-tiba naik, sebelum Abdul Rafiuddin dan Muhammad Qhalish lemas.


Muhammad Qhalish berjaya diselamatkan dua rakannya itu, namun Abdul Rafiuddin gagal diselamatkan sebelum mangsa tenggelam ke dasar sungai.

Post a Comment

0 Comments