Alfatihah Adik Sheikh Adam Kamil Meninggal Dunia Akibat Dilanggar Kenderaan Ketika Bermain Di Depan Rumah

 


Sungguh terkejut dan tak terjangka anak bongsu dari pasangan Zam Ina dan Faizal Faizal telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.45 tengahari semalam.




Semoga rohnya dicucuri rahmat, anak syurga bermainlah awak di sana.


Nama Sheikh Adam Kamil bin Sheikh Malek Faizal sedang bermain di rumah. Info di tempat kejadian menyatakan datang sebuah kenderaan melalui jalan di hadapan rumah. Adik Adam dikatakan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan di hadapan rumah.


Saksi kejadian berkata datang sebuah kenderaan ketika adik Adam Kamil meluru berlari keluar sebelum dilanggar.


Sheikh Adam Kamil dikejarkan ke Hospital Sultan Aminah Johor dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi ICU dibantu dengan peralatan kecemasan termasuk tangan dan kaki bersimen kerana patah.



Dari facebook

Innalillahiwainailaihirojiun … perginya Sheikh Adam kamil pd 12.45 tghr tadi.. Adam anak syurga.. bermainlah dgn riang gembira di sana ya Adam syg.. adam x sndiri .. ada ramai kwn adam yg baik2 dkt sn nnt .. Adam x sakit da.. dgn rendah hati kami Mohon sedekahkan Alfatihah utk Sheikh Adam Kamil bt. Sh Malek Faizal  ❤️ semoga mak su Zam Ina dan ayah su Faizal Faizal tabah menghadapi ujian ..


Sheikh Adam Kamil anak yang baik lagi bijaksana, semoga syurga dan tenang sudah di sana. Takdir Allah sudah tertulis dan kita hanya redha.


Berkata baik-baik untuk menjaga hati ibu ayah arwah, pengajaran perlu juga diambil buat ibu bapa di luar sana.




Post a Comment

0 Comments