'Jemur Duit Sambil Jaga Pegang Senapang' | cara tunjuk kekayaan keluarga

 


Setiap peninggalan pusaka warisan dahulu banyak makna tersurat, sebagai contoh rumah agam yang dibina oleh British pada orang Melayu dulu-dulu. Reka bentuk yang unik dibina dan mempunyai identiti tersendiri itu masih ramai lagi tak tahu rahsia sejarahnya. Tapi kenapa? mesti ada yang tertanya-tanya kenapa pihak British dahulu membina sebuah rumah agam besar untuk sesebuah keluarga Melayu di satu-satu tempat, ini yang terjadi seperti di Kampung Padang Tenggal Bota Perak. 

Rumah Agam di Kampung Tenggala Bota Perak

Jom kita baca ringkasan sejarahnya! oleh: IG iamnazirul


Menurut cerita orang kampung dan sumber terdahulu ada seorang nenek tua yang tinggal didalam rumah ini, Zaharah namanya. 


Beliau bukanlah dari sebuah keluarga yang kaya raya tetapi sewaktu zaman British di mana getah mula-mula dibawa masuk, tanah milik keluarganya terlibat untuk ditanam getah oleh British dan kemudiannya dieksport ke London.


Bermula dari situlah keluarga beliau mendapat komisyen. Maka rumah semi kolonial dan Melayu ini mula didirikan. Rumah ini siap sepenuhnya pada tahun 1932 dimana papan rumah ini didirikan menggunakan sebatang kayu balak besar yang diproses di sini juga iaitu dari kayu cengal. 




Terdapat juga papan dinding daripada rumah lama arwah datuknya Kulup Derais. Belakang rumah ini terletaknya Sungai Perak dan batu bata untuk membina rumah ini.


Ada sumber lain mengatakan dari cerita orang tua tua, mereka adalah keluarga terkaya di Parit. Hingga terdapat lagenda yang mengatakan ayah/datuk opah Zaharah menjemur duit di halaman rumah dan beliau menunggu jemuran duit tersebut dengan sena.pang kerana takut dicuri orang. 


Mungkin ini adalah agenda untuk menunjukkan betapa kayanya keluarga tersebut. Wallahualam.


Kini, rumah ini telah diwarisi oleh anaknya tapi nampak sepi sentiasa kosong bilamana teman ke sana.



Sumber: IG iamnazirul

Post a Comment

0 Comments