Kakitangan KKM Maut Rempuh Lori Sawit Selepas Balik 'Oncall' Malam

 


Berita kemalangan penolong pegawai perubatan mengejutkan seluruh bilik kesihatan Hospital Kuantan semalam. 


Kena masuk oncall itu perkara biasa bagi petugas kesihatan, oleh kerana tuntutan tanggungjawab menyembuhkan pesakit. 


@Ntrh_ nama instagramnya semalam sempat membuat hantaran pada jam 6.30 pagi Ahad ketika memandu pulang. Dengan menulis:


Postnight ngantok gila. Bila ngntuk bawak kete cm ape dah...




Arwah tidak sempat jumpa anak yang baru berusia 2 tahun di kampungnya di Kuala Rompin, akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian. Dikatakan arwah lagi beberapa minit nak sampai di kampungnya namun ajal telah menemuinya terlebih dahulu.


Paling menyedihkan suami arwah di China dan positive covid-19 tak dapat pulang segera untuk menziarahi arwah isteri.


Siasatan mendapati arwah mengalami 'microsleep' sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh lori sawit. Walaubagaimanapun pemandu lori hanya mengalami cedera ringan.


Mesej dari group kakitangan perubatan

Kejadian berlaku di Kampung Selendang Kuala Rompin

arwah balik ke kampung untuk menjenguk anak


Dari Facebook Yazeed Hair Johari pula membuat satu hantaran memgucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Katanya, kemalangan selepas pulang dari oncall ni bukan first time..tapi nak buat macam mana kerja sebagai perawat kesihatan ni memang macam ni lah jadual kerja kami. Sebab orang kalau sakit tak kira masa...nak tak nak memang kena sentiasa standby 24 jam.



Sumber: FB Negeri Sembilan Kini, Yazeed Hair Johari, WhatsApp group

Post a Comment

0 Comments