Lelaki Hairan Selalu Nampak Pak Cik Ni Bila Membeli Dia Lakukan Amalan Ni | Borak Viral


Perkongsian dari sahabat facebook bernama Mohd Sofian seorang pemandu lori sudah biasa dengan kerjaya memandu lori. Dari Ipoh menghantar barang ke Kelantan dan juga Terengganu menjadi rutin hariannya.


Dia biasa akan singgah ke Warung Ayu sebuah gerai makanan di Grik untuk menikmati sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan. 


Di situ dia menjamah nasi lemak kesukaannya dengan nasi tambah lauk ayam rempah beserta kopi o ais. Panggilan Pian lori tak lekang dari mulut tuan warung maklumlah dua tahun juga jadi pelanggan tetap di situ masa sebelum PKP.


Tapi ada satu perkara ni semenjak dia ternampak seorang pakcik ni dia suka tiru amalan yang pakcik tu buat. Daripada tak tahu jadi tahu.


Pian pernah tanya ustaz tentang hal itu, ya memang Rasulullah SAW suka amal apabila berjual beli, ia sebagai satu sunnah, amalan bersedekah untuk murah rezeki dan juga untuk berdakwah pada orang.


Cerita dia begini kalau pakcik tu harga makanan RM8 dia bayar RM10, dia akan akad dia beli dengan RM8 dan baki RM2 untuk sedekah. Macam menarik kan! Dari situ la Pian mula belajar tiru dan dia merasai hati selalu tenang, bahagia je rasa. 


Tambahnya, dia pernah dengar dalam ceramah ustaz, Rasulullah SAW apabila membeli dengan suatu harga contoh RM100, baginda akan menawar dapat RM80, tetapi baginda bayar RM100 semula dengan akad membeli sebanyak RM80 dan RM20 untuk sedekah. Ramai kurang tahu akan perkara ni.


Dari situ tawar menawar bermaksud sunnah nabi kata sepakat dua pihak, tapi bila bayar dengan duit asal bakinya niat sedekah. Dan dalam urusan jual beli menjadi dakwah dan ikutan kepada orang ramai.


Sejak itu, Pian akan amal ilmu tu bila ada duit lebih sedikit supaya hartanya kekal berkat dan terus dimurahkan rezeki.


Sumber: Mohd Sofian


Jom, Follow, Like & Share Borak Viral untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu, info semasa dan pelbagai tips.

Post a Comment

0 Comments