Nilai Wang Kertas RM1 Lama Melambung Tinggi Mencecah PULUHAN Ribu Ringgit!!!

 


Ramai teruja dengan posting YB ni!


Berita baik buat pengumpul dan peminat duit lama sedia ada yang mempunyai wang kertas RM1


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Mohd Shaid Rosli menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai wang kertas RM1 yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang keenam, Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman.



Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook miliknya, Mohd Shaid berkata, tawaran akan meningkat kepada RM2,000 dan RM3,000 jika keadaan wang kertas RM1 itu berada dalam keadaan baik dan sempurna.



"Cuba tengok (wang) kertas RM1 yang ada kat anda. Kalau ada yang tanda tangan yang sama seperti gambar di bawah, saya beli dengan harga RM1,000.


"Jika keadaan cantik, saya beli dengan harga RM2,000. Kalau lagi cantik, saya beli dengan harga RM 3,000," katanya.




Sementara itu, posting berkenaan telah mendapat perhatian warganet selepas ia tular di media sosial


Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai warganet juga ada menunjukkan koleksi wang lama yang disimpan mereka.



Ketika artikel ini ditulis posting tersebut sudah pun meraih lebih 1.3K likes, 359 comments dan 1.6K shares.



Berikut di bawah antara komen menarik daripada warganet di Facebook:







Fuh, lumayan juga tawaran YB bagi ni, cuba check korang punya wallet ada tak wang kertas RM1 ni? ;)

Post a Comment

0 Comments