Opie Zami penerus Legasi Arwah Zami Ismail @ Pak Uda, Pelakon Dan Pelawak Veteran Yang Dikagumi

 


Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau paling diingati ketika memainkan peranannya dalam siri sitkom televisyen Pi Mai Pi Mai Tang Tu (1990-an) serta siri Salam Pantai Timur.


Wataknya dalam filem tersebut masih melekat dihati peminat bahkan sehingga ke hari ini peminat lebih mengenali nama 'Pak Uda' daripada Zami Ismail. 



Sepanjang kerjayanya, beliau berlakon hampir 20 buah filem. Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi Mat Som.


Pak Uda meninggal dunia pada hari Ahad, 19 Jun 2011 pukul 10:30 pagi di Institut Jantung Negara kerana kegagalan jantung pada umur 66 tahun. 


Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Road, Perak 



selepas solat Asar. Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.


Beliau meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim (58) dan sembilan orang anak.



Selama perkongsian hidup bersama Hanizan Ibrahim, mereka dikurniakan sembilan orang anak termasuk Mohd Hitler @ Latif, Ahmad Yamashita @ Tahar, Mohd Saufi, Ismail Fahmi, Khairul Affendi, Aida Nurul Asyikin, Aida Nurul Wahyu, Mohd Firdaus, dan Zahid Al Buhaqman. Salah seorang anaknya, Muhammad Saufi (47),  juga dikenali sebagai Opie Zami meneruskan legasi ayahnya sebagai pelawak dan pelakon. 


Pelakon yang popular dengan sitcom Spanar Jaya ini  turut terlibat dalam bidang pengarahan filem. Beliau telah menghasilkan 6 buah filem selain berlakon lebih 30 buah filem dan telefilem. 


Opie diharapkan dapat meneruskan perjuangan ayahnya dalam bidang seni. Semoga Allahyarham Pak Uda ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Keletah ketawa dan jenaka Pak Uda tidak akan lenyap dalam ingatan rakyat Malaysia. Al-fatihah.




Post a Comment

0 Comments