Pelakon, Penyanyi Wafa & Adibah Noor Meninggal Dunia Akibat Kanser Ovari

 


Sedia maklum kanser ovari antara pembunuh no satu di kalangan wanita di negara ini. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita berusia 40 an ke atas, dan waktu kemuncak 55-60 tahun tetapi ada juga menyerang pada remaja berumur 20 an.


Kanser ovari ini selalu timbul pada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berlaku daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer). Kanser ovari juga lambat dikesan kerana kedudukan organ itu yang letaknya jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks). 


Ia juga berlaku kepada golongan yang mempunyai ibu atau adik beradik yang menghidap kanser tersebut.  Harap maklum juga wanita yang lambat akil baligh, lewat menopos, wanita tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa hamil) juga terdedah kepada risiko kanser ini.


Seperti kita tahu penyakit ni meragut nyawa dua insan seni tanah air iaitu Wafa Abdul Kadir dan Adibah Noor.


Wafa berjaya mengesan kanser ovarinya tahun 2014


Pelakon berusia 52 tahun itu dapat mengesan kanser ovarinya pada tahun 2014 dan tahun 2015 beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita iaitu ovari, tub fallopio, rahim dan lapisan yang menutup bahagian perut.


Sering berulang alik dari rumah ke Institut Kanser Negara Putrajaya bagi menjalani rawatan kimoterapi untuk mematikan sel kanser pada tahun 2016.


Bersama suami tersayang, Wafa seorang pelakon Azizah The Legend


Wafa juga seorang anak kepada bekas mufti wilayah persekutuan iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib. Allahyarhamah juga dikurnia cahaya mata beberapa orang menerusi tiga perkahwinannya.



Akhirnya, selepas menderita bertahun-tahun menghidap kanser ovari tahap empat itu pada tahun 2019 Wafa Abdul Kadir menghembuskan nafas terakhir pada jam 1 pagi sabtu 16 Mac 2019.


Jenazah dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur.


Selang beberapa tahun, pada tahun ini kita digemparkan pula berita kehilangan penyanyi tanah air Adibah Noor yang juga penghidap kanser ovari tahap empat.



Adibah dikatakan menyimpan rahsia penderitaannya itu sejak beberapa tahun sebelum itu sememangnya tidak ramai kenalan artis yang tahu. 


Tepat pada 7.40 malam hari sabtu 18 Jun 2022 Adibah Noor menghembuskan nafas terakhirnya di pusat perubatan di Kuala Lumpur. Berita itu disahkan oleh rakan artis yang juga isteri kepada Dato Ac Mizal Datin Emylia Rosnaida.


Penampilan Adibah yang semakin kurus


Ikutkan kami tahu punca dia meninggal tapi tak berani nak kongsi katanya, dipercayai dia menghidap kanser ovari tambahnya lagi.


Menurut pengurus Adibah Noor yang dikenali Todd "arwah tiba-tiba sesak nafas dan meninggal di hospital, memang dia dah beberapa hari dirawat di hospital.


Adibah sempat memberitahu wartawan beliau sempat membayar hutangnya dengan duit kemenangan GV walaupun nilai yang sedikit dia tetap berpuas hati dan luah rasa syukur.


Pada awal kerjaya Adibah sempat menjadi guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Petaling Jaya Selangor.


Selain menyanyi dengan lagu popular Terlalu Istimewa, adibah juga sempat berlakon drama dan filem tempatan antaranya Sepet, Gubra, Mukhsin, Jin Notti, Magika dan Nasi Lemak 2.0.


Allahyarhamah juga bekas penyampai radio Suria FM.


Mari kita sama-sama sedekahkan Alfatihah dan doa untuk kedua-dua mereka. Al Fatihah

Post a Comment

0 Comments