'Tak Boleh Baca Huruf Alif Permulaan Surah AlBaqarah' - Perkongsian Bekas Majistret Jadi Pedoman Buat Semua

 


Ramai juga berkata individu di Malaysia ini jika telus dan tidak mengamalkan budaya 'Rasuah' dalam tanggungjawab masing-masing, negara kita boleh maju terutama penguasa kita hari ini.


Mungkin kesalahan rasuah ini termasuk dalam hukum yang ditentukan pemerintah menjadikan ia juga mudah untuk individu yang berbuat kesalahan 'Rasuah' merasuah atau melobi pemerintah supaya dapat dilepaskan.


Jadi tak dinafikan pesalah rasuah banyak terlepas.


Namun kita mesti beringat duit rasuah yang kita terima mahupun beri itu bukanlah berkat di sisi Allah, seperti yang dikongsikan seorang bekas majistret bernama Firdaus Ramlan.


Selama tiga tahun dalam penjawat awam saya kutip duit, makan duit rasuah ini, bawa balik bagi makan keluarga akhirnya saya telah ditahan didakwa atas kesalahan rasuah.


Paling menyedihkan dua minggu sebelum saya dijatuhi hukuman ibu,ayah dan adik saya terlibat dalam kemalangan menyebabkan mereka bertiga meninggal dunia. Kedua mangsa dalam keadaan baik tetapi jasad ibu saya tersepit dalam kenderaan sangat menyayat hati saya. Kereta yang dinaiki mereka 100% terbakar.


Satu demi satu kejadian malang menimpa diri saya, sejak ditangkap dan dimasukkan ke penjara waktu itu menampar diri saya untuk bertaubat dan tidak boleh lagi buat kerja itu lagi selepas ini, saya buka Alquran baca Alfatihah takde masalah, akan tetapi mulut saya seperti dikunci apabila saya nak mula baca ayat pertama dalam surah albaqarah.


Nak sebut Alif tak boleh selama seminggu, kejadian itu betul-betul terjadi dalam diri saya. 


Dan akhirnya dalam selama setahun tujuh bulan dipenjara akhirnya saya dibebaskan, dan saya nak membuat pesanan hargailah keluarga, kerana ketika dalam penjara hanya keluarga saya yang datang melawat saya.


Kisah ini menjadi teladan buat semua dan diri saya supaya jangan ambil duit rasuah. Katanya tidak jaga solat dengan sempurna salah satu penyebab besar dia melakukan kesalahan itu.


Sumber: Sinar Harian, Panel Firdaus Ramlan

Post a Comment

0 Comments