5 Tips: Panduan Pilih Kereta Terpakai


Mutakhir ini membeli kereta terpakai menjadi satu pilihan utama orang ramai sebab kereta baru ni loan dia tinggi sangat, interest pun boleh tahan jadi dengan kemampuan yang sebanyak itu kereta terpakai lah menjadi pilihan seterusnya.

Sebenarnya membeli kereta terpakai ni berbaloi juga sebab harga dah jatuh, kemungkinan juga kereta dah dibaiki owner asalkan kita pandai periksa keadaan atau kondisi kereta terlebih dahulu.

Artikel kali ini, penulis bawakan beberapa tips dan panduan bagaimana hendak memilih kereta terpakai sama ada kereta tu berbaloi dibeli, atau kereta tu dah mengalami kemalangan teruk yang tak di rekomend untuk kita beli.

Seorang mekanik dikenali sebagai Brother AA berkata dengan ilmu yang beliau ada, hari ini dia akan berkongsi bagaimana kita nak check kereta tu belum kemalangan ke, dah kemalangan teruk atau tak teruk, kereta tu dah dipotong dan disambung lain, ini beberapa tipsnya:


1) Periksa bahagian enjin depan ( bukak hood enjin )                


Simen ada atau tidak, macam ni simen kemas original dari pengeluar, kalau takde simen tu lagi bagus 

Tulang radiator tiada kesan kemik, keadaan skru mengikut marking


Boleh check skru, kalau dah ganti nampak skru baru


Bahagian hood pastikan lurus elok, tiada kesan ketuk, simen

2) Periksa bahagian alur tulang antara bahagian

Selalu kereta yang mengalami kemalangan alur tidak sekata, tak lurus dengan baik. Keadaan semasa bawa pun macam ketam berjalan. Jika sebuah kereta tu dah pernah menghentam satu benda yang kuat, kedai akan tarik balik bagi elok, itu pun tak akan sekata seperti original. Juga boleh periksa dibawah pancaran matahari, jika warna berbeza pernah dibaiki.

Periksa bahagian hood dan body

Bahagian pintu mesti kemas

3) Periksa bahagian getah pintu dan buka

Buka getah pintu tersebut anda akan melihat jikalau tak pernah mengalami kemalangan keadaan besi sekata dan lurus. Kalau kereta pernah potong juga boleh terlihat di sini. JIka terdapat kesan potong dan kemalangan berat pembeli tidak disarankan beli kereta seperti itu.


Keadaan besi yang kemas dan sekata

4) Periksa bahagian bonet belakang, periksa bahagian tempat letak tayar spare




kereta-kereta yang dah mengalami kemalangan dari belakang, keadaan segi dan permukaan tidak akan kemas seperti ini.


5) Setelah meneliti semua bahagian, anda pandu uji kereta tersebut, melakukan pecutan dengan tekan pedal minyak beberapa kali. Pastikan dashboard tidak bergegar dengan kuat, aircond masih sejuk, brek mencengkam, putaran steering semasa selekoh tidak berbunyi dan enjin juga lancar semasa memandu.

Post a Comment

0 Comments