Maya Karin Terkena Anxiety Kerana Syuting Berjam-Jam?

 

`

Maya Karin semalam dilaporkan terkena anxiety menyebabkan beliau sukar bernafas. Pada ketika itu, beliau sedang melakonkan scene dalam air untuk filem Telaga Suriram. 


Menurut pelakon berusia 43 tahun itu, beliau biasa melakukan scene dalam air, dan bukanlah menjadi satu masalah. Namun mungkin disebabkan badannya yang keletihan selepas pulang daripada lawatan kerja ke Singapura disambung pula dengan jadual syuting sehingga pukul 3 pagi. 


Menurutnya, 'otak macam jem gila bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam'. 


Beliau bersyukur kerana pihak produksi menyediakan  bantuan kecemasan yang cukup seperti tangki oksigen untuk membantu pernafasannya. 


Rakan-rakan artis yang turut terlibat dalam filem tersebut seperti Nabila Huda dan Farid Kamil turut memberikan sokongan dan kata semangat kepadanya untuk bertenang. 



Maya sangat bersyukur, dikelilingi orang disekitarnya yang menyayanginya. Rakan-rakan artis juga turut, meninggalkan komen dalam laman sosialnya dan mendoakan kesihatanya supaya pulih seperti sediakala.

Post a Comment

0 Comments