'Pakai Atap Jejambat Jalan, Berdindingkan Simen Konkrit Jalan, Rumah Murid Ni Tarik Perhatian Ramai'

 


Sejak pendemik Covid-19 melanda negara ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang hidup dalam kesempitan.

Pelbagai ujian terpaksa ditempuhi dengan sabar selain berharap ada sinar buat mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik video beberapa orang guru datang ke rumah pelajarnya yang tinggal bersama keluarga di bawah jambatan.

Menurut Siti Riana, dia tergamam tatkala melihat keadaan ‘rumah’ yang dihuni pelajar terbabit yang serba daif selain lokasinya di tebing sungai boleh mendatangkan bahaya.


Video tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata sebak melihat tahap kemiskinan keluarga terbabit.

Namun, mereka memuji ibu bapa pelajar yang dikenali sebagai Tasha itu kerana tetap  menyekolahkan anak mereka.



Susulan viralnya video tersebut,  Team Unit Kebajikan Pejabat DUN Kemelah telah datang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Bantuan makanan serta wang ringgit juga telah diberikan selain turut dirujuk kepada pihak berkuasa dan JKM untuk tindakan selanjutnya.



Post a Comment

0 Comments