Pelakon Terkenal Selamba Cium Mulut Dengan Wanita Di Kelab Malam Dikecam Netizen

 


Tindakan berani pelakon veteran, Eric Tsang yang mencium model kelahiran Malaysia, Lebara, telah mencetuskan kritikan dan kecaman dalam kalangan netizen.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Lebara di laman Instagramnya, kelihatan model itu sedang menyambut ulang tahun kelahirannya bersama dengan beberapa orang rakan yang lain.




Menurut sumber media Hong Kong, aktor berkenaan menjelaskan mencium adalah satu perkara yang biasa dan bukan satu kesalahan apabila menyambut hari lahir seseorang.




Bukan itu sahaja,  Eric turut memaklumkan dia secara tidak sengaja berjumpa dengan Lebara dan dijemput untuk meraikan sambutan hari lahir tersebut meskipun tidak mengenali model itu.


Sumber: mStar (Fathin Zamzuri)

Post a Comment

0 Comments