Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajudin Telah Meninggal Dunia

 


Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajudin, 77 tahun telah meninggal dunia petang tadi selepas asar.  


Sebelum ini beliau  dikhabarkan telah ditahan dalam zon merah di hospital Shah Alam kerana paru-paru yang dijangkiti kuman. 


Beliau hanya bergantung dengan mesin pernafsan dan doktor terpaksa menidurkannya kerana keadaannya yang sangat lemah. 


Namun, Allah lebih menyayanginya. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir dengan ahli keluarga disisi. 


Pelakon Hisham Ahmad telah memulakan karier lakonannya sejak tahun 1985 iaitu ketika beliau berumur 40 tahun. Lakonannya sebagai seorang bapa di dalam drama dan filem sentiasa berbekas di hati peminat. 


Diharapkan para pembaca dapat mendoakan Hisham Ahmad Tajudin.


 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia

Post a Comment

0 Comments