"Penjaga Tabung Masjid Akhirnya Pergi Menghadap Ilahi"

 


Miss Auw  berjantina betina bukan sekadar haiwan malah dianggap sebagai peneman semua jemaah di Masjid Hulu Langat Batu 14, buat jemaah masjid langat berita menyedihkan Miss Auw sudah meninggal dunia.


Miss Auw dikhabarkan rebah selepas mengalami masalah kesihatan iaitu kegagalan buah pinggang sejak kebelakangan itu. 


Tiada siapa tahu sejarah Miss Auw, cuma hadir di sebuah masjid disambut baik orang ramai,  tabung masjid tempatnya tidur dan dilabel sebagai penjaga tabung masjid. Sungguh indah momen ini!


Pantang Nampak Sejadah


Dicerita sendiri oleh salah seorang penduduk setempat dan juga jemaah di situ Miss Auw ni pantang orang lempar sejadah terus landing seakan-akan sangat manja.


Abang Hash dikenali sebagai pencinta kucing berkata, sebelum kematiannya pada hari esok dia sempat menegur Miss Auw "Manjanya, buat tabiat ke" dan tak sangka itu sebenar petanda Miss Auw dah nak pergi.


Menjadi penjaga dari 2019  sebelum pkp lagi diberi makan oleh orang masjid dan setia hidup di situ, katanya.


Katanya lagi Miss Auw merupakan kenangan terindah buatnya dan penyeri di salah sebuah masjid di Langat.

@hashmandon

Dukacita di maklum kan Miss Auw Kucing yg pantang nampak sejadah terus landing.. Penjaga tabung masjid telah berjumpa dengan pencipta nya pada pagi 8hb Okt setelah berteduh di Masjid dari 2019...Sebelum sy balik Miss Auw amat bermanja manja tak macam selalu nya.. Baru sy sedar tu lah tanda2 dia nak pergi.. Kes Sudden Death..

♬ Kenangan Terindah - SAMSONS
@hashmandon Reply to @hashmandon ♬ Che La Luna - Louis Prima

Post a Comment

0 Comments