Puteri Sarah Dah Boleh Tidur Nyenyak, Puas Hati Penjelasan dari Jawi


Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Sarah berpuas hati dengan penjelasan diberikan pegawai penyiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung aduan dibuat terhadap wanita didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.


Ia selepas Puteri Sarah hadir ke pejabat Jawi, hari ini bagi mendapatkan sendiri penjelasan daripada pihak terbabit.


Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia sudah mengetahui segala apa yang berlaku selain jelas dengan segala penerangan diberikan.


"Saya sering ditanya apa jadi dengan kes ini, adakah ia sudah ditutup sebab kes sivil pun belum ada perkembangan terkini sebelum ini. Jadi ada orang ingat kes ini terkubur. Mana yang benci saya tu mentertawakan saya.

Post a Comment

0 Comments