"Saya Insaf, Tidak Mahu Riak Lagi Di Media Sosial" - Alif Syukri

 


USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berjanji untuk tidak bersikap riak di laman sosial.

Malah, Aliff juga mengakui sudah meminta ampun dan maaf kepada ibunya, Rozita Ibrahim susulan video yang dimuat naik di IG minggu lalu.

“Saya sudah berjumpa bonda dan berkongsi video di IG. Cuma, apa yang dimuat naik itu adalalah rakaman semula. Sebelum itu, adalah dia mengamuk dan bising. Sama juga saya.

“Namun, ia tidak dikongsikan. Saya tunjuk yang gembira saja. Sebab, tidak mahu orang akan bercerita lebih buruk. Bagi saya, macam mana jahat sekali pun mak kita, dia tetap mak kita. Dalam kes saya, bukan nak kata mak saya jahat.


“Jadi, saya sudah minta maaf dan ampun daripadanya. Saya juga berjanji takkan riak dan akan dengar cakap,” katanya kepada Harian Metro.

Aliff juga menegaskan dia tidak gila atau sakit mental seperti yang didakwa masyarakat.

“Orang tak boleh rasai apa saya rasa. Mereka orang biasa yang tengok saya di IG dan FB. Mereka tak pernah rasa menjadi Aliff Syukri sebenar yang mana bukan seperti apa yang dipertontonkan.

“Masyarakat hanya nak nampak isu panas yang disogokkan oleh media massa sedangkan mereka tak tahu apa saya buat. Kalau saya gila, saya takkan ada kerja dan pergi jumpa mak.

“Sejujurnya, saya memang jumpa doktor untuk mendapatkan ketenangan. Malah, ia ada kaitan dengan tindakan nak bunuh diri. Tapi, saya bukan jumpa doktor sakit jiwa. Saya tertekan dengan pekerja dan hal lain,” katanya.

Post a Comment

0 Comments