Scammer Rumah Sewa Menggunakan Nama "Ustaz", Seorang Wanita Hampir Bunuh Diri Ditipu

 

Gambar diguna scamm3r


Seorang individu bernama Fatyn Azira meluahkan rasa kesal akibat ditipu oleh scammer ketika hendak mencari rumah sewa. Kejadian ini berlaku di Ipoh Perak. 


Scammer yang menggunakan nama gelaran Ustaz dan Umi itu menjadikan imej islamik sebagai umpan untuk menjadikan mangsa lebih yakin dan percaya kepada mereka. 




Modus operandi mereka dengan menggunakan imej palsu untuk mencipta identiti. Selepas itu, iklan rumah sewa tersebut juga palsu, dengan meletakkan gambar rumah sewa yang diambil di laman sesawang secara rawak. Harga sewa kebiasaannya murah dan ini akan menjadi daya penarik kepada mangsa. 


Malahan scammer sengaja mereka-reka cerita  kononnya ramai yang menginginkan rumah sewa tersebut. Individu yang menginginkan rumah sewa tersebut akan berasa terdesak dan akan memindahkan sejumlah wang kepada scammer untuk tujuan 'booking'. 





Scammer yang tidak berhati perut akan berterusan memeras mangsa untuk meminta bayaran penuh, dengan pelbagai alasan yang diberikan. 




Akhirnya, mangsa berasa tertipu kerana tuan rumah tidak memberikan alamat rumah sewa seperti dijanjikan. Sehingga mangsa tertekan dan hampir membunuh diri.



Post a Comment

0 Comments