TERKINI: Bantuan RM150 Setiap Anak Bersekolah Mulai Tahun Hadapan


Tiap-Tiap kali permulaan sesi persekolahan, banyak wang perlu dilaburkan oleh golongan ibu bapa untuk pelbagai bayaran dan pembelian keperluan anak-anak.


Berita baik bagi ibu bapa, melalui Bajet 2023 yang baru diumumkan, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bakal diagihkan sebanyak RM150 bagi meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.


Ia diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023.


"Sebagai contoh, jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak RM450, Katanya."


Berikut lima info penting berkaitan BAP ibu ayah perlu tahu:


1-BAP dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 pada tahun sebelumnya.

2-Jika dahulu bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya daripada kalangan keluarga yang berpendapatan isi rumah kasar RM3,000.00 dan ke bawah, pada tahun hadapan ia diberikan tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

3-Bantuan berkenaan akan mula disalurkan mulai Januari 2023.

4-Peruntukan sebanyak RM825 juta disediakan pada tahun 2023 bertujuan meringankan beban ibu bapa yang menyara anak-anak bersekolah.

5-Bantuan tersebut akan diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).


Semoga bantuan ini dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan kepada anak-anak sekali gus meningkatkan tahap pendidikan ke arah lebih cemerlang dan memperbaiki taraf kehidupan pada masa hadapan.


Sumber: BERNAMA




Post a Comment

0 Comments